Halaman

Jumaat, 4 September 2015

Cinta Ala Beauty And The Beast

Setiap orang pasti menginginkan pasangan yang punya ciri-ciri sempurna misalnya punya wajah yang menawan, badan yang langsing, lemah lembut, pemurah, peramah dan bijak dalam segala hal. Namun, hati boleh berubah dan cinta boleh membutakan mata. Tidak mustahil insan yna berbadan besar, berkulit gelap dan tidak pandai bergaya dikatakan yang paling menawan dihati kamu. Mungkin bagi orang lain, kamu dan si dia ibarat Beauty And The Beast, namun bagi kamu si dia dan kamu adalah pasangan yang paling secocok bersama. Itulah ajaibnya cinta. Pun begitu harus diingat bercinta dengan seseorang yang dikatakan kurang secocok dengan kamu sebenarnya punya risiko. Oleh itu, sebelum menerima dan memberinya harapan, pastikan kamu sedia menghadapi risiko tersebut :

Kenyataan Yang Menyakitkan Hati


Bukan sekali dua kamu mendengar orang bertanya "Apa yang kamu inginkan dari si dia?" Baik ditanya secara terus terang ataupun mendengar gosip di belakang kamu. Ataupun lebih teruk lagi andai ada yang mengatakan kamu bukan mencintainya, tetapi kerana mahukan hartanya sahaja. Memang inilah salah satu risiko andai kamu memilih pasangan yang fizikalnya jauh berbeza denganmu. Pilihan kamu bukan sahaja diraukan oleh orang ramai, malah kadar cinta kamu padanya juga sering dipertikaikan...

milkysmile
Tindakan kamu : 


Tanggapan seperti ini jangan kamu simpan dalam hati. Hadapinya dengan tenang dan andai ada yang bertanya tentang hubungan kamu katakan secara terus terang kamu memilihnya kerana dia memiliki hati yang suci dan tidak ada pada orang lain. Percayalah lama kelamaan pasti orang di sekeliling kamu akan menerima pilihan kamu. Tindakan yang serupa yang harus kamu lakukan apabila kamu mendengar orang bergosip tentang kamu. Sekiranya ada kesempatan ceritakan kelebihan si dia pada orang-orang di sekeliling kamu. Misanya, si dia seorang yang bijak dan seorang yang sungguh sabar menghadapi sikap kamu yang moody



Tersalah Duga


Pasti akan ada orang yang tersalah faham misalnya si dia dianggap sebagai pemandu atau orang gaji kamu kerana penampilannya yang agak kurang sesuai. Perkara ini sering berlaku terutama apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang jarang berjumpa dan langsung tidak mengenali si dia.

Photobucket
Tindakan kamu :


Biarpun dalam hati kamu sedih dan kecewa dengan tanggapan tersebut, namun kamu perlu kuatkan semangat untuk tidak mudah berasa rendah diri sehingga menyebabkan cinta kamu dan si dia menjadi goyah. Oleh itu, sekiranya ini berlaku pada kamu, agar suasana tidak menjadi lebih tegang, kamu terus memperkenalkan si dia sebagai pasangan kamu dengan penuh sopan. Dijami orang tersebut akan malu dengan pengakuan kamu. Untuk menceriakan lagi suasana, kamu bolehlah bergurau dengan mengatakan "Memang si.....tidak suka berfesyen dan lebih selesa bergaya ringkas."


Orang Ketiga


Jangan berasa hairan andai banyak godaan dari orang ketiga dalam percintaan kamu. Wajarlah sekiranya ada yang menganggap dirinya lebih layak untuk kamu berbanding si dia. Jadi sentiasa bersedialah dengan kehadiran insan-insan yang akan menunjukkan perasaannya tanpa ada rasa takut dan malu pada si dia kerana tahu mereka lebih baik dari pilihan kamu.

Photobucket
Tindakan kamu :

Sebaiknya kamu bersikap tegas. Katakan terus terang kamu tidak memilih pasangan hanya melihat pada paras rupa semata-mata. Paling penting, jangan sesekali memberi peluang kepada orang lain untuk mencampuri saat kamu dan si dia sedang bertengkar atau berselisih pendapat. Kamu harus sentiasa ingat bahawa ramai yang cemburu melihat kebahagiaan kamu dan si dia jadi pastikan mereka tidak akan sesekali berjaya menakluki perasaan kamu.

Tentangan Orang Tua


Tidak dinafikan sememangnya wajar sekiranya orang tua inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka termasuklah urusan memilih pasangan hidup. Jadi, besar kemungkinan mereka tidak akan setuju dengan si dia. Alasan yang diberikan mungkin macam-macam, sampailah kepada melahirkan keturunan yang tidak elok.


Photobucket
Tindakan kamu : 



Sebelum memperkenalkan si dia pada kedua orang tua pastikan terlebih dahulu kamu menceritakan serba sedikit tentang kekurangan serta kelebihan si dia. Ceritakan juga saat menghadapi masalah ataupun kesusahan si dialah yang banyak membantu kamu. Bukan itu sahaja si dia juga amat menghormati kamu serta memahami dan tidak pernah memaksa kamu melakukan apa yang kamu tidak suka. Kebiasaannya orang tua akan mudah cair bila mengetahui bila ada insan yang amat menyayangi anak mereka sepenuh hati.


Tidak Boleh Dipamerkan 

Salah satu gunanya punya kekasih pastinya untuk menemani kamu ke mana-mana sahaja terutama di majlis-majlis tertentu yang memerlukan pasangan menghadiri sama. Di sinilah kelemahan yang ada pada si dia kerana si dia tidak boleh dipamerkan. Kamu mungkin tidak malu, tetapi andai kamu membawanya tentu akan ada mulut-mulut yang akan menyakiti hatinya. Jadi kalau orang lain bangga membawa pasangan masing-masing di majlis-majlis reunion dan sebagainya tidak bagi kamu.
Photobucket
Tindakan kamu :

Masa inilah yang paling mudah untuk diselesaikan. Kamu cubalah mengubah imej si dia dengan membeli pakaian serta kasut yang sesuai untuknya. Mungkin kamu tidak boleh mengubah wajah dan fizikalnya tetapi dengan penampilan yang menarik secara tidak langsung mampu menonjolkan dirinya. Selain itu, percayalah penampilan mampu menutup fizikal yang tidak sempurna...

Rabu, 12 Ogos 2015

Tip Kekalkan Percintaan


  1. Apabila kamu melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. tunjukkan keikhlasan dan jangan sesekali mengulanginya.
  2. Ajak kekasihmu melakukan aktiviti reaksi bersama-sama seperti boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan kamu dan si dia. 
  3. Jangan sekali-kali membandingkan kekasihmu dengan orang lain, terutamanya bekas kekasih mahupun kawan-kawan baikmu, seolah-olah kamu lebih mementingkan mereka.
  4. Dekati hobi kekasihmu, dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ia akan mengeratkan hubunganmu kerana kamu mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama. 
  5. Semua orang mempunyai ego. Hormati ego kekasihmu dan jangan merendahkan ego kekasihmu dihadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.
  6. Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan (lupakan sahaja). Suatu hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa kepada masalah yang lain. 
  7. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik, itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian kerana ia menjadikan kamu lebih tabah dalam kehidupan.
  8. Kekasihmu juga mempunya rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong akan kehidupan sosialnya. Ingat bercinta tidak bermakna kamu memiliki seluruh kehidupannya. 
  9. Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.
  10. Jika kekasihmu melakukan kesalahan, beri dia peluang untuk memberi keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, jangan sampai kamu yang malu sendiri.
  11. Jangan terlalu menunjukkan yang kamu adalah sangat baik dan sempurna. Dengar dulu penjelasan kekasihmu, walaupun dia bersalah dan lebih baik bersikap merendah diri 

Selasa, 11 Ogos 2015

8 Kesilapan Memujuk Ex-Boyfriend

"Kebanyakan dari kita apabila marah begitu mudah melafazkan kata perpisahan namun apabila berjauhan barulah terasa kesal membuat keputusan yang melulu. Ada pepatah yang mengatakan terlajak perahu boleh di undur namun terlajak kata merana diri. Walau bagaimanapun selagi si dia belum menjadi milik orang kamu semestinya masih ada harapan untuk dapatkan si dia kembali. Namun harus diingat memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang amat berbeza. Kebanyakan perempuan membuat langkah awal yang salah!". Berikut adalah kesilapan biasa yang kerap dan ramai perempuan buat semasa 'break-up". Percaya atau tidak walaupun dari sembilan perkara berikut hanya satu sahaja yang kamu lakukan namun peluang untuk ditinggalkan terus oleh teman lelaki kamu sememangnya amat cerah.

Bertengkar

Kebiasaannya kamu dan si dia apabila berbincang akan berakhir dengan pertengkaran. Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila kedua-duanya saling mengungkit kesilapan masing-masing. Sampai bila pun masalah tidak akan selesai selagi kamu tidak cuba untuk berlembut dengannya. Sekiranya kamu masih menyayanginya dan mahu dia kembali dalam hidupmu cubalah untuk bertolak ansur dan lupakan semua yang telah berlalu serta mulakan hidup yang baru.

Jangan Hanya Menyakinkan Tetapi Tidak Membuktikan

Kamu sentiasa cuba menyakinkan si dia bahawa kamu telah berubah dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang kamu lakukan. Memang elok kamu berubah namun tidak cukup dengan hanya menyakinkan tetapi kamu tidak pernah buktikan kamu berubah. Apabila mulut sahaja yang bercakap tetapi perlakuan kamu tidak menunjukkan apa-apa ia secara tidak langsung akan menghilangkan rasa kepercayaan si dia pada kamu. 

Berulang Kali Lafaz Kata Cinta

Berulang-ulang kali kamu kata cinta dan sayang namun jangan asyik melafazkan perkara-perkara tersebut kerana si dia mungkin jemu mendengarnya. Dulu pun kamu lafazkan kata sayang dan cinta namun akhirnya putus juga. Si dia kini tidak akan peduli tentang cintamu lagi kerana apa yang si dia mahu tahu berapa banyak yang si dia cinta pada kamu bukan berapa banyak kamu cinta pada si dia!

Merayu-rayu

Biarpun kamu terlalu sayangkan si dia dan mahunya kembali padamu namun janganla merayu-rayu padanya sehinggakan sanggup melutut. Bunyinya seperti pelik tetapi benar ia berlaku. Percaya atau tidak 98% perempuan akan merayu supaya teman lelakinya kembali padanya. lagi banyak dan lagi kerap kamu merayu lagi jauh si dia tinggalkan kamu!

Buat Si Dia  Rasa Serba Salah

Elakkan buta si dia rasa serba salah meninggalkan kamu. Sebagai contoh "Saya tak boleh hidup tanpa awak...Saya tidak ada sesiapa lagi selain dari awak" ataupun "Janganlah tinggalkan saya exam dah dekat ni. Saya tak boleh tumpukan perhatian" Ayat-ayat sebegini bagi si dia adalah satu perangkap dan pastinya kamu tidak akan berjaya untuk menawan hatinya. Malah lagi cepat si dia akan meninggalkan kamu kerana tidak mahu terikat dengan masalah kamu. 

Menggunakan Teman-Temannya

Jangan sesekali kamu bercerita dengan kawan-kawannya tentang perasaan mu terhadap si dia dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya. Walaupun teman-temannya menyokong kamu dan cuba nasihkan si dia untuk menerima kamu kembali namun harus diingat andai sekalipun si dia kembali padamu sampai bila si dia boleh menipu dirinya. Selalunya tak lama! Sebabnya si dia mesti kembali bersama kamu atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini. 

Menggunakan Air Mata

Jangan menangis di hadapannya! Memang ramai yang melakukan untuk meraih simpati. Namun kamu memangis air mata darah sekalipun kamu tidak mungkin dapat merubah hati seseorang itu. Mungkin si dia akan merangkul kamu dengan mesra dan memujuk kamu tetapi kemudian kamu tetap juga ditinggalkan dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain. Menangis terlalu banyak di hadapannya hanya akan menunjukkan kepada si dia bahawa dia berkuasa ke atas kamu jadi...jangan buat!

Mendesak

Mungkin kamu tidak ada cara lain lagi untuk mendapatnya kembali selain dari terus mendesak dan mendesak. Bagi kamu cara tersebut menunjukkan kesungguhan kamu untuk kembali padanya. Namun kamu tidak sedar cara kamu itulah yang membuatkan si dia makin jauh denganmu. Si dia akan beranggapan bahawa kamu tidak menghormati pendiriannya dan begitu mementingkan diri. Oleh kerana mahu mengejar kebahagiaan sendiri kamu tidak peduli perasaannya. Sama ada dia bahagia ataupun tidak dengan kamu. Daripada si dia masih ada rasa sayang denganmu, kerana sikapmu itu terus hilang semua perasaan sayang itu dan timbul pula rasa benci. 



8 Kunci Cinta Kekal Abadi


  1. Pilih orang minat yang sama
  2. Buat baik andai mahu kekasih yang baik.
  3. Sentiasa sedar tiada siapa yang sempurna
  4. Hargai pendapat si dia
  5. Memahami situasi si dia yang tidak semestinya bersama kamu sepanjang masa.
  6. Komunikasi yang baik sangat penting.
  7. Jangan biarkan faktor luaran seperti stress menjejaskan perhubungan kamu.
  8. bertolak ansur antara satu sama lain.

Tips Cinta!

Agar Cinta Terus Harmoni

  • Setiap hubungan harus selalu dijaga agar tetap indah dan harmoni. Berikut adalah cara-cara sederhana yang boleh kamu lakukan agar hubungan lebih berwarna. 
  • Tulis pada sekeping kertas sebanyak mungkin alasan mengapa kamu sangat mencintainya. Si dia pasti akan tersentuh dengan pengakuan yang kamu buat.
  • Hantarkan pesanan ringkas melalui SMS atau e-mail yang mengatakan bahawa kamu sangat mengagumi, mencintai dan memerlukan si dia dalam hidup kamu.Ttindakan kamu itu akan membuatkan si dia memulai hari-harinya dengan senyuman.
  • Ingatlah selalu untuk mengucapkan "sweet dreams" sebelum kamu menutup telefon di malam hari. Kamu akan menjadi perkara terakhir yang diingatinya sebelum tidur. Tataplah wajah si dia dan kemudia secara spontan katakan, "Tiada akan ada cinta lain selain kamu."
  • Selalu berada di sampingnya terutama ketika si dia memerlukan kamu. berikan hadiah buatan sendiri. Bukan hanya pada hari-hari istimewanya sahaja tetapi kerana kamu mencintainya

Cinta Tanpa Status

HTS...Singkatan ini mungkin tidak begitu popular lagi namun ianya bukanlah satu yang baru. Ramai yang sebenarnya pernah melalui pengalaman HTS ini iaitu Hubungan Tanpa Status. Berkawan bagaikan orang bercinta. Mana-mana pergi bersama dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Namun hubungan tidak pernah jelas bercinta atau hanya teman tapi mesra. Perlu diingatkan, dimana-mana status itu perlu termasuklah hubungan percintaan. Cuma mungkin ada yang mengabaikan perkara ini kerana merasakan sudah rasa selesa antara satu sama lain biarpun tanpa sebarang penjelasan tentang hubungan yang terjalin. Oleh itu, jika kamu sedang terjebak dalam hubungan tanpa status bagaimana kamu menghadapinya?

Punca Terjadinya HTS

Terjadinya hubungan tanpa status ini kerana ada pihak yang tidak berani bertanggungjawab atas tindakannya, egois dan tidak mahu memenuhi keinginan pasangan. Di samping itu, perbezaan padangan serta keinginan antara perempuan dan lelaki juga sering menjadi tunggak perbezaan terutama sekali pandangan dalam melihat komitmen. Perempuan memerlukan komitmen! Mereka merasakan bahawa hubungan perlu di nyatakan secara verbal agar perempuan punya jaminan yang kuat sebelum menyerahkan jiwa dan raganya pada seorang lelaki. Sedangkan lelaki lebih fokus pada tingkahlaku perempuan dan bukti yang jelas menunjukkan dirinya benar-benar di hargai.

Mengapa Perempuan Perlukan Kepastian?

Antara lelaki dan perempuan kebiasaannya perempuan akan lebih mendesak untuk mendapatkan kepastian. Sedangkan lelaki lebih suka mengambil sikap bersahaja ataupun tunggu dan lihat sahaja. Namun perempuan tidak boleh di salahkan kalau mendesak kerana mereka mempunyai jawapan yang tersendiri kenapa harus bersikap sedemikian.

Pertama, Sememangnya status yang tergantung seperti ini merugikan pihak perempuan. Sudah pasti perempuan tidak mahu lelaki dicintainya tiba-tiba angkat kaki dengan alasan si dia telah menemui perempuan yang lebih sempurna. Mahu menyalahkan si lelaki sudah tentunya tidak boleh kerana sememangnya hubungan yang terjalin tidak pernah mempunyai sebarang komitmen. Perkara inilah yang menakutkan kepada semua perempuan. 

Kedua, Pandangan dan penilaian orang juga menjadikan perempuan begitu rungsing. Misalnya apabila lelaki dekat dengan ramai perempuan lelaki tersebut di anggap hebat serta popular, sementara apabila perempuan rapat dengan ramai lelaki di anggap 'piala bergilir' ataupun 'perempuan murahan'. Akhirnya kerana reaksi negatif inilah yang membuatkan perempuan perlukan kepastian agar dia boleh mengelakkan dirinya dari di label negatif. 

Wajib Ada Kepastian

Jika apa pun, kepastian atau komitmen perlu di ucapkan. Bukan sahaja untuk menjelaskan sesebuah perhubungan itu namun kamu berdua juga akan lebih bebas untuk memberi penghargaan kepada diri dan pasangan. Selagi tidak ada kepastian selagi itulah apa yang kamu inginkan dan cari tidak dapat dipenuhi. Bukan itu sahaja kamu juga akan sentiasa meragui antara satu sama lain. Akibatnya dari cinta boleh di pupuk tetapi berakhir dengan perpisahan. Kalau perpisahan sahaja tidak mengapa tetap andai berakhir dengan satu dendam yang tidak terluah itu pasti akan bertambah parah. Oleh itu bagaimana cara untuk menyelesaikannya? Jawapannya mudah iaitu komunikasi!

Apabila hubungan sudah begitu rapat tidak ada salahnya jika kamu minta penjelasan soal perhubungan kamu berdua. Namun harus diingatkan kamu mungkin akan menerima jawapan atau respons yang positif dan mungkin juga negatif. Sekiranya positif kamu selamat dan bersedialah untuk memasuki alam baru iaitu alam percintaan. Namun sekiranya negatif jangan bersedih. Anggaplah apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Itu tandanya si dia masih belum bersedia untuk mempunyai sebarang komitmen. Jadi tunggu apa lagi! Kamu pasti tahu apa yang patut dilakukan bukan? Jangan menanti buah yang tidak akan jatuh. Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. Oleh itu, teruskan mencari dan percayalah kamu pasti akan menemui apa yang di cari selagi tidak berputus asa. 

Membisu Seribu Bahasa

Walau bagaimanapun, sekiranya lelaki masih membisu seribu bahasa ddan mengelak untuk memberi jawapan yang jelas. Cara untuk kamu cungkil apa yang ada dalam hatinya ialah melalui tingkahlakunya. Berikut boleh dijadikan panduan :-

a) Si Dia 100% Mahukan Kamu Jika :-
  • Memberikan layanan yang begitu baik pada kamu misalnya tidak pernah tinggikan suara, mengambil dan menghantar kamu ke tempat kerja, mengambil berat makan dan minum serta kesihatan kamu.
  • Setiap hari sebelum tidur akan menghubungi kamu untuk mengucapkan selamat malam. 
  • Tidak pernah malu untuk memperkenalkan kamu pada sesiapa sahaja kamu adalah insan yang paling rapat dengannya dan andai ada sebarang majlis yang melibatkan teman-teman kamulah yang di pilih sebagai pasangannya. 
  • Si dia sentiasa menjaga hatimu dan paling takut apabila kamu merajuk. Pelbagai cara di lakukannya untuk memujuk kamu. 
  • Tidak pernah berkira dengan kamu dan sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan apa yang kamu suka. 
  • Bersedia untuk bertemu dengan orang tuamu pada bila-bila masa. 
b) Si Dia 50/50 Dengan Kamu Jika :-
  • Mengikut ke mana sahaja kamu pergi tetapi untuk bertemu dengan orang di kenalinya cepat-cepat si dia cuba menjauhkan diri dari kamu
  • Apabila dia menyakiti hati kamu si dia akan meminta maaf tetapi andai kamu tidak memaafkannya atau masih lagi marah si dia akan buat tidak tahu dan menunggu kamu datang padanya terlebih dahulu. 
  • Masih berkira-kira mengeluarkan wangnya untuk kamu. kalau setakat belanja makan dan minum mungkin masih boleh dipertimbangkan lagi tetapi untuk beli yang kamu suka sepeerti pakaian atau kasut tidak mungkin sama sekali si dia sanggup
  • Sekiranya kamu berkawan rapat dengan orang lain si dia cemburu tetapi tidak menyatakannya sebaliknya akan bertindak sama dengan kamu iaitu dengan buat kamu pula cemburu.
  • Apabila kamu bertanyakan tentang perhubungan, si dia memberi jawapan "Sayang tetapi belum bersedia" ataupun "Berilah masa untuk berfikir" Jadi kamu masih mempunyai harapan. 
c) Si Dia Hanya Anggap Kamu Teman Biasa Jika :-
  • Tidak pernah sekalipun si dia minta kamu menemaninya keluar bersama teman-temannya. 
  • Kamu berdua jarang berjumpa atau berhubung melalui telefon sebaliknya banyak berkomunikasi melalui SMS dan 'chatting' di internet. 
  • Si dia tidak pernah ambil berat tentang masalah kamu dan andai kamu sedang bersedih apa yang cuba lakukan buat kamu ketawa tetapi tidak pernah mahu berkongsi apa yang kamu alami. 
  • Setiap kali kamu berdua bicara soal percintaan si dia akan membayangkan atau menceritakan tentang perempuan lain bukan kamu. 
  • Dalam perhubungan kamu yang terlebih memberi dan begitu mengambil hatinya. Sedangkan si dia sebaliknya tidak.

Ahad, 26 Julai 2015

5 Sikap Si Dia Kamu Patut Reject

1. Melawan cakap

kalau kamu sudah bosan melayan kerenah si dia dengan sikapnya yang sebegini, sepatutnya kamu mendengar kata dan tidak membantah atau melawan cakap si dia. Saat si dia marah, jangan sesekali menyimbah minyak panas kepadanya kerana ia menambahkan lagi kemarahannya. Cubalah belajar untuk berlembut hati. Bila si dia marah, diamkan sahaja atau iyakan sahaja. Pasti kemarahannya tidak akan lama dan beransur kurang. 

2. Sambil lewa

Kesilapan lepas tidak membantu kamu langsung untuk memperbaiki kelemahan diri. Sekiranya kamu sudah tahu si dia memang kuat merajuk, janganlah melakukan hal yang sama dikemudian hari. Cuba kalau si dia pun macam kamu, mengulangi kesilapan yang sama, apa yang kamu rasa? Jadi beringat-ingatlah ye!

3. Tidak hormat

Sekali-sekala tunjukkan rasa hormat kamu kepada si dia. Walaupun kamu rasa agak janggal dan pelik, namun ia perlu dipupuk saat kamu mula mengisytiharkan hubungan kalian berdua. Setiap keputusan yang diambil perlulah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat sebarang perselisishan faham, selesaikan ia dengan cara yang elok dan bukannya dengan cara berperang mulut. 

4. Tidak memahami

Sekiranya hubungan kalian sudah menjangkau berbulan-bulan lamanya dan kamu masih tidak memahami sikap si dia, kes berat namanya. Cubalah belajar menyelami hati dan perasaannya. Kamu pun suka kalau si dia memahami kamu dan tidak ada salahnya jika kamu turut belajar untuk memahami dirinya. Pasti si dia akan berasa senang dan selesa dengan cara kamu itu. Mulai saat ini, tanamkan niat untuk berubah dan menjadi kekasih yang lebih memahami pasangan.

5. Ego

Ini memang masalah besar kalau tidak dibuang. Janganlah terlalu ego, dikhuatiri si dia akan lari dan kamu akan berputih mata nanti. Bukan bermaksud kamu tidak boleh menunjukkan sikap ego langsung tetapi biarlah bertempat. Kalau semua benda kamu tidak mahu mengalah dan merasakan diri kamu sahajayang betul, memang susah dibuatnya. Lagipun tidak salah sekiranya kamu menerima pandangan dan cadangan daripada si dia. 

Arghhh, Bila Lelaki Mula Merajuk!?

"Awak...erm marah saya ke? Benda je pun, takkan awak nak sentap kot? Susahlah kalau ada teman lelaki yang tak boleh bergurau! Awak pun tau yang saya memang macam ni. Suka bergurau tak kira masa, jadi janganlah ambil serius sangat!". Memiliki teman lelaki kuat merajuk mungkin membuatkan kamu sedikit tertekan, namun ketahuilah wahai kaum hawa, ada kalanya si dia hanya mahu bermanja dan menarik perhatian kamu supaya kamu tahu tentang keadaan hati dan perasaannya. Oleh itu jangan mudah melenting, seboleh-bolehnya berilah kata-kata romantik agar si dia berasa lebih tenang dan damai. Jom lihat punca kenapa si dia mula merajuk dan cari jalan penyelesaian untuk memujuknya. 

Punca : "Awak dah tahu saya tak suka awak buat loyar buruk, kenapa awak buat juga? 
Solusi : Jangan mudah naik angin , sebaliknya kamu ungkapkan kata maaf kepada si dia. Selain itu, lembutkan hatinya dengan perbuatan yang membolehkan si dia kembali kepada keadaan sedia kala. Kalau rasa-rasa tak berkesan juga, biarkan sahaja. Jangan dilayan sangat, takut naik lemak dibuatnya. 

Punca : "Saya paling pantang kalau terpaksa tunggu orang! Menyampah tau!
Solusi : Kamu cuba terangkan kepadanya yang orang perempuan ni kalau bersiap, memang lama. Lagipun dia sendiri akan malu sekiranya buah hatinya keluar bertemu janji dengan pakaian selekeh dan tak cantik. Silap hari bulan kamu pula yang akan ditinggalkannya. 

Punca : "Awak ni langsung tak ingat hari ni ulangtahun kita bersama, merajuklah!
Solusi : Selalunya kamu yang sangat cerewet dengan benda-benda macam ni tapi sekarang dah terbalik pula. Nampaknya dia yang terlebih daripada kamu. Senang sahaja caranya, kalau dia merajuk lagi kamu katakan kepadanya "Saya saja nak ucap lambat sebab saya tengah buat persediaan untuk menyambut ulangtahun kita Jadi inilah hadiahnya! Walaupun pada hakikatnya pada ketika itu kamu memang terlupa, sekurang-kurangnya cara ini mampu membuatkan si dia tersenyum.

Punca : "Saya penat dan tertekan, awak langsung tak nak ambil tahu. Sedih saya dibuatnya!
Solusi : Kamu cuba tanya kepada si dia, sewatu kamu sedih dan tertekan adakah si dia ada untuk kamu? Sekiranya jawapannya tidak, kamu boleh katakan bahawa kamu juga rasa tidak perlu untuk mengambil tahu. Lagipun sebelum ini, kamu tidak pernah dipedulikan oleh si dia. Asyik-asyik kamu sahaja yang kena mengalah. Sekali-sekala tak salah sekiranya kamu membiarkan perangainya itu. 

Punca : "Arghh! Awak ni susah betul nak faham saya, kenapa? Bencila macam ni. 
Solusi : Jangan sesuka hati si dia nak membenci kamu. Kalau setakat kamu tidak faham tetang minat atau makanan kegemarannya, baik kamu tak payah nak layan. Kamu pun manusia biasa dan memerlukan masa untuk memahami orang lain. Bukan seminggu atau sebulan bercinta untuk kamu memahami sikap dan kerenah si dia, sebanrnya ia memerlukan masa yang lama untuk saing memahami. Terangkan kepada si dia bahawa kalian perlu mengenali diri masing-masung terlebih dahulu dan jangan sesekali mengadili seseorang tanpa mengenal seseorang itu dengan lebih lama. 

Punca : "Awak buat apa sampai lambat nak balas mesej saya? Awak bermesej dengan orang lain ye?
Solusi : Nampaknya reaksi si dia berbaur nada cemburu. Sangat klise ayat ini bukan? Sebenarnya si dia perlu tahu yang kamu bukan sesuka hati lambat membalas mesejnya sebaliknya kamu juga mempunyai kerja lain yang perlu diutamakan. Selain itu, timbulkan persoalan di mindanya semula dengan bertanyakan, "Awak tak pernah lambat balas mesej saya ke? Sebelum ni saya tak ada pun kecoh-kecoh? Saya relaks sahaja kan?" Waktu itu pasti si dia tak jadi nak merajuk dengan kamu, sebabnya dah terkena batang hidung sendiri. 

Rabu, 15 Februari 2012

Cinta Beralih Arah 9 Kesalahanmu…

Mengabaikan penampilan dan kebersihan diri

Cukup sekadar kamu tahu jaga penampilan dan kebersihan diri. Itu sudah memadai. Menurut buku Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Women Never Stop Talking, mata lelaki lebih tajam dan 10 kali ganda cerewet dari perempuan soal penampilan diri. Oleh itu, bagi perempuan yang sering mengabaikan soal penampilan dan kebersihan diri jangan hairan kalau teman lelakimu mula berubah hati.

Berperanan seperti ibu

“Kotornya bilik awak takkan tidak ada masa untuk membersihkannya?” atau “Awak dekat mana? Jangan balik lewat sangat dan jangan lupa mandi dulu baru tidur.” Bebelan kerap keluar dari mulut kamu sehingga yang mendengarnya sudah menghafal apa yang akan kamu katakana. Tujuan kamu sememangnya baik menegur dan mengambil berat terhadap dirinya. Tetapi harus diingat ada kalanya teguran seperti ini sering di salah ertikannya.

Tidak yakin

Perempuan kerap kali mengeluh apabila penampilannya di anggap kurang menarik. Tambahan pula apabila melihat kamu yang begitu cerewet soal penampilan. Setengah jam sekali, mesti tengok cermin untuk membetulkan rambut dan mekap. Bukan itu sahaja, setiap minggu kamu minta si dia membelikan baju dan barangan mekap yang baru. Sekali dua mungkin si dia boleh bersabar tetapi lama-lama, si dia mungkin angkat kaki…

Berselindung

Ia sering terjadi di awal percintaan, semuanya nak tunjuk baik. Kalau boleh kamu tidak mahu di katakan kekasih yang tidak sporting dan tidak memahami. Biarpun kamu marah dan kecil hati dengan tindakkannya tetapi kamu tidak meluahkannya. Sebaliknya kamu sentiasa cuba mempamerkan wajah yang ceria. Bagaimanapun, bila telah lama bercinta, kamu mula rasa hilang sabar dan pamerkan perangai kamu yang sebenar.

Curiga

Kamu pasti runsing apabila setiap tindak tanduk kamu dicurigai. Begitu jugalah dengannya. Kamu sering menyerangnya dengan soalan yang bertubi-tubi. Ini akan membuatkan si dia mudah bosan untuk memberikan penjelasan pada kamu. Walaupun hanya perkara kecil, tetapi kamu sengaja membesar-besarkannya.

Suka gosip

Setiap kali bertemu, kamu bukannya mahu bertanya khabar ataupun bertanyakan tentang aktiviti si dia, tetapi sebaliknya kamu habiskan masa dengan menceritakan semua gosip yang kamu tahu. Dari gosip tentang kawan-kawan sehinggalah gosip tentang artis. Bagi kamu, ia mungkin satu cerita yang hot untuk dibualkan. Namun bagi si dia, tindakan kamu itu benar-benar membuatkan si dia semakin bosan untuk keluar dengan kamu.

Abaikan

Semakin lama bercinta, semakin kurang kamu menghubungi dan sms si dia. Tidak seperti di awal bercinta dulu, setiap masa dan saat kamu pasti akan menghubunginya. Ambil tahu apa yang si dia makan dan apa sahaja yang si dia lakukan, tetapi kini semua kamu abaikan. Bagi kamu, apabila sudah lama berkawan tidak perlulah nak romantis seperti dulu. Kamu rasakan ada lebih banyak lagi perkara yang lebih penting daripada menjaga si dia setiap masa. Namun kamu mungkin tidak sedar di saat kamu mengabaikan si dia, ada yang datang memberi perhatian lebih daripada kamu.

Tidak menjaga hati

Bila sidah lama berkawan, ada kalanya kamu jarang menjaga hati pasangan. Misalnya baru melakukan kesilapan kecil, kamu menengkingnya ibarat si dia melakukan satu kesalahan yang besar. Lebih teruk lagi kamu malukan dia di depan teman-teman dengan memarahi atas kesilapan yang kecil. Siapa boleh tahan kalau dimalukan sebegitu rupa…kalau ada yang lebih menghargainya sudah pasti si dia memilih orang itu dari kamu.

Tidak pandai mengambil hati owng tua

Kamu gagal mengambil hati orang tuanya. Kamu terlalu ego dank eras kepala. Apa sahaja permintaan si dia untuk mengambil hati orang tuanya, semuanya kamu tolak dan tidak pernah sekalipun kamu cuba berbaik-baik dengan keluarganya. Malah kamu sering menghina keluarganya di depan si dia. Kamu harus tahu, biarpun kamu akan berkahwin dengannya dan bukan dengan keluarganya. Namun orang tuanya adalah sebahagian daripada hidup si dia. Kalau kamu tidak berbaik dan menghormati keluarganya, bagaimana kamu mahu hidup dengan si dia untuk selama-lamanya.




Sabtu, 21 Mei 2011

Sanggupkah Berkorban Untuk Kekasih??

Kata orang cinta itu buta. Membuta mata sampai tak dengar suara hati. Melihat apa yang di mata tapi tidak di hati. Adakah korang begitu? Kalau si dia betul2 menyayangi kita seadanya, kadang-kadang kalau dah berkorban kemudian dia dah tinggalkan kita. Cinta kadang-kadang boleh terpadam, bukan ke pengorbanan yang sia-sia? Adakalanya, tapi kalau tahap renang lautan api dia, boleh berenang sorang. Ada limitnya in everything islam suruh umatnya be moderate in everything. Ada setengah pendapat, there is no sacrifice in relationship only compromising. Both work together to make it work. So it doesn't feel that seseorg tu have to do more than the other. Kena ada tolak ansur tapi dalam tolak ansur tu, mesti ada sikit pengorbanan kan? He needs to compromise a bit and i compromise a bit..it kinda make sense that we both sacrifice a bit :)