Mengabaikan
penampilan dan kebersihan diri
Cukup sekadar
kamu tahu jaga penampilan dan kebersihan diri. Itu sudah memadai. Menurut buku Why Men Can Only Do One Thing At A Time And
Women Never Stop Talking, mata lelaki lebih tajam dan 10 kali ganda cerewet
dari perempuan soal penampilan diri. Oleh itu, bagi perempuan yang sering
mengabaikan soal penampilan dan kebersihan diri jangan hairan kalau teman
lelakimu mula berubah hati.
Berperanan
seperti ibu
“Kotornya bilik
awak takkan tidak ada masa untuk membersihkannya?” atau “Awak dekat mana?
Jangan balik lewat sangat dan jangan lupa mandi dulu baru tidur.” Bebelan kerap
keluar dari mulut kamu sehingga yang mendengarnya sudah menghafal apa yang akan
kamu katakana. Tujuan kamu sememangnya baik menegur dan mengambil berat
terhadap dirinya. Tetapi harus diingat ada kalanya teguran seperti ini sering
di salah ertikannya.
Tidak yakin
Perempuan kerap
kali mengeluh apabila penampilannya di anggap kurang menarik. Tambahan pula
apabila melihat kamu yang begitu cerewet soal penampilan. Setengah jam sekali,
mesti tengok cermin untuk membetulkan rambut dan mekap. Bukan itu sahaja,
setiap minggu kamu minta si dia membelikan baju dan barangan mekap yang baru.
Sekali dua mungkin si dia boleh bersabar tetapi lama-lama, si dia mungkin
angkat kaki…
Berselindung
Ia sering
terjadi di awal percintaan, semuanya nak tunjuk baik. Kalau boleh kamu tidak
mahu di katakan kekasih yang tidak sporting
dan tidak memahami. Biarpun kamu marah dan kecil hati dengan tindakkannya
tetapi kamu tidak meluahkannya. Sebaliknya kamu sentiasa cuba mempamerkan wajah
yang ceria. Bagaimanapun, bila telah lama bercinta, kamu mula rasa hilang sabar
dan pamerkan perangai kamu yang sebenar.
Curiga
Kamu pasti
runsing apabila setiap tindak tanduk kamu dicurigai. Begitu jugalah dengannya.
Kamu sering menyerangnya dengan soalan yang bertubi-tubi. Ini akan membuatkan
si dia mudah bosan untuk memberikan penjelasan pada kamu. Walaupun hanya
perkara kecil, tetapi kamu sengaja membesar-besarkannya.
Suka gosip
Setiap kali
bertemu, kamu bukannya mahu bertanya khabar ataupun bertanyakan tentang
aktiviti si dia, tetapi sebaliknya kamu habiskan masa dengan menceritakan semua
gosip yang kamu tahu. Dari gosip tentang kawan-kawan sehinggalah gosip tentang
artis. Bagi kamu, ia mungkin satu cerita yang hot untuk dibualkan. Namun bagi si dia, tindakan kamu itu
benar-benar membuatkan si dia semakin bosan untuk keluar dengan kamu.
Abaikan
Semakin lama
bercinta, semakin kurang kamu menghubungi dan sms si dia. Tidak seperti di awal
bercinta dulu, setiap masa dan saat kamu pasti akan menghubunginya. Ambil tahu
apa yang si dia makan dan apa sahaja yang si dia lakukan, tetapi kini semua
kamu abaikan. Bagi kamu, apabila sudah lama berkawan tidak perlulah nak romantis
seperti dulu. Kamu rasakan ada lebih banyak lagi perkara yang lebih penting
daripada menjaga si dia setiap masa. Namun kamu mungkin tidak sedar di saat
kamu mengabaikan si dia, ada yang datang memberi perhatian lebih daripada kamu.
Tidak menjaga
hati
Bila sidah lama
berkawan, ada kalanya kamu jarang menjaga hati pasangan. Misalnya baru
melakukan kesilapan kecil, kamu menengkingnya ibarat si dia melakukan satu
kesalahan yang besar. Lebih teruk lagi kamu malukan dia di depan teman-teman
dengan memarahi atas kesilapan yang kecil. Siapa boleh tahan kalau dimalukan
sebegitu rupa…kalau ada yang lebih menghargainya sudah pasti si dia memilih
orang itu dari kamu.
Tidak pandai
mengambil hati owng tua
Kamu gagal
mengambil hati orang tuanya. Kamu terlalu ego dank eras kepala. Apa sahaja
permintaan si dia untuk mengambil hati orang tuanya, semuanya kamu tolak dan
tidak pernah sekalipun kamu cuba berbaik-baik dengan keluarganya. Malah kamu
sering menghina keluarganya di depan si dia. Kamu harus tahu, biarpun kamu akan
berkahwin dengannya dan bukan dengan keluarganya. Namun orang tuanya adalah
sebahagian daripada hidup si dia. Kalau kamu tidak berbaik dan menghormati
keluarganya, bagaimana kamu mahu hidup dengan si dia untuk selama-lamanya.
