- Apabila kamu melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. tunjukkan keikhlasan dan jangan sesekali mengulanginya.
- Ajak kekasihmu melakukan aktiviti reaksi bersama-sama seperti boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan kamu dan si dia.
- Jangan sekali-kali membandingkan kekasihmu dengan orang lain, terutamanya bekas kekasih mahupun kawan-kawan baikmu, seolah-olah kamu lebih mementingkan mereka.
- Dekati hobi kekasihmu, dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ia akan mengeratkan hubunganmu kerana kamu mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.
- Semua orang mempunyai ego. Hormati ego kekasihmu dan jangan merendahkan ego kekasihmu dihadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.
- Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan (lupakan sahaja). Suatu hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa kepada masalah yang lain.
- Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik, itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian kerana ia menjadikan kamu lebih tabah dalam kehidupan.
- Kekasihmu juga mempunya rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong akan kehidupan sosialnya. Ingat bercinta tidak bermakna kamu memiliki seluruh kehidupannya.
- Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.
- Jika kekasihmu melakukan kesalahan, beri dia peluang untuk memberi keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, jangan sampai kamu yang malu sendiri.
- Jangan terlalu menunjukkan yang kamu adalah sangat baik dan sempurna. Dengar dulu penjelasan kekasihmu, walaupun dia bersalah dan lebih baik bersikap merendah diri
Rabu, 12 Ogos 2015
Tip Kekalkan Percintaan
Selasa, 11 Ogos 2015
8 Kesilapan Memujuk Ex-Boyfriend
"Kebanyakan dari kita apabila marah begitu mudah melafazkan kata perpisahan namun apabila berjauhan barulah terasa kesal membuat keputusan yang melulu. Ada pepatah yang mengatakan terlajak perahu boleh di undur namun terlajak kata merana diri. Walau bagaimanapun selagi si dia belum menjadi milik orang kamu semestinya masih ada harapan untuk dapatkan si dia kembali. Namun harus diingat memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang amat berbeza. Kebanyakan perempuan membuat langkah awal yang salah!". Berikut adalah kesilapan biasa yang kerap dan ramai perempuan buat semasa 'break-up". Percaya atau tidak walaupun dari sembilan perkara berikut hanya satu sahaja yang kamu lakukan namun peluang untuk ditinggalkan terus oleh teman lelaki kamu sememangnya amat cerah.
Bertengkar
Kebiasaannya kamu dan si dia apabila berbincang akan berakhir dengan pertengkaran. Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila kedua-duanya saling mengungkit kesilapan masing-masing. Sampai bila pun masalah tidak akan selesai selagi kamu tidak cuba untuk berlembut dengannya. Sekiranya kamu masih menyayanginya dan mahu dia kembali dalam hidupmu cubalah untuk bertolak ansur dan lupakan semua yang telah berlalu serta mulakan hidup yang baru.
Jangan Hanya Menyakinkan Tetapi Tidak Membuktikan
Kamu sentiasa cuba menyakinkan si dia bahawa kamu telah berubah dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang kamu lakukan. Memang elok kamu berubah namun tidak cukup dengan hanya menyakinkan tetapi kamu tidak pernah buktikan kamu berubah. Apabila mulut sahaja yang bercakap tetapi perlakuan kamu tidak menunjukkan apa-apa ia secara tidak langsung akan menghilangkan rasa kepercayaan si dia pada kamu.

Berulang Kali Lafaz Kata Cinta
Berulang-ulang kali kamu kata cinta dan sayang namun jangan asyik melafazkan perkara-perkara tersebut kerana si dia mungkin jemu mendengarnya. Dulu pun kamu lafazkan kata sayang dan cinta namun akhirnya putus juga. Si dia kini tidak akan peduli tentang cintamu lagi kerana apa yang si dia mahu tahu berapa banyak yang si dia cinta pada kamu bukan berapa banyak kamu cinta pada si dia!

Merayu-rayu
Biarpun kamu terlalu sayangkan si dia dan mahunya kembali padamu namun janganla merayu-rayu padanya sehinggakan sanggup melutut. Bunyinya seperti pelik tetapi benar ia berlaku. Percaya atau tidak 98% perempuan akan merayu supaya teman lelakinya kembali padanya. lagi banyak dan lagi kerap kamu merayu lagi jauh si dia tinggalkan kamu!

Buat Si Dia Rasa Serba Salah
Elakkan buta si dia rasa serba salah meninggalkan kamu. Sebagai contoh "Saya tak boleh hidup tanpa awak...Saya tidak ada sesiapa lagi selain dari awak" ataupun "Janganlah tinggalkan saya exam dah dekat ni. Saya tak boleh tumpukan perhatian" Ayat-ayat sebegini bagi si dia adalah satu perangkap dan pastinya kamu tidak akan berjaya untuk menawan hatinya. Malah lagi cepat si dia akan meninggalkan kamu kerana tidak mahu terikat dengan masalah kamu.

Menggunakan Teman-Temannya
Jangan sesekali kamu bercerita dengan kawan-kawannya tentang perasaan mu terhadap si dia dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya. Walaupun teman-temannya menyokong kamu dan cuba nasihkan si dia untuk menerima kamu kembali namun harus diingat andai sekalipun si dia kembali padamu sampai bila si dia boleh menipu dirinya. Selalunya tak lama! Sebabnya si dia mesti kembali bersama kamu atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini.

Menggunakan Air Mata
Jangan menangis di hadapannya! Memang ramai yang melakukan untuk meraih simpati. Namun kamu memangis air mata darah sekalipun kamu tidak mungkin dapat merubah hati seseorang itu. Mungkin si dia akan merangkul kamu dengan mesra dan memujuk kamu tetapi kemudian kamu tetap juga ditinggalkan dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain. Menangis terlalu banyak di hadapannya hanya akan menunjukkan kepada si dia bahawa dia berkuasa ke atas kamu jadi...jangan buat!

Mendesak
Mungkin kamu tidak ada cara lain lagi untuk mendapatnya kembali selain dari terus mendesak dan mendesak. Bagi kamu cara tersebut menunjukkan kesungguhan kamu untuk kembali padanya. Namun kamu tidak sedar cara kamu itulah yang membuatkan si dia makin jauh denganmu. Si dia akan beranggapan bahawa kamu tidak menghormati pendiriannya dan begitu mementingkan diri. Oleh kerana mahu mengejar kebahagiaan sendiri kamu tidak peduli perasaannya. Sama ada dia bahagia ataupun tidak dengan kamu. Daripada si dia masih ada rasa sayang denganmu, kerana sikapmu itu terus hilang semua perasaan sayang itu dan timbul pula rasa benci.

8 Kunci Cinta Kekal Abadi
- Pilih orang minat yang sama
- Buat baik andai mahu kekasih yang baik.
- Sentiasa sedar tiada siapa yang sempurna
- Hargai pendapat si dia
- Memahami situasi si dia yang tidak semestinya bersama kamu sepanjang masa.
- Komunikasi yang baik sangat penting.
- Jangan biarkan faktor luaran seperti stress menjejaskan perhubungan kamu.
- bertolak ansur antara satu sama lain.
Tips Cinta!
Agar Cinta Terus Harmoni
- Setiap hubungan harus selalu dijaga agar tetap indah dan harmoni. Berikut adalah cara-cara sederhana yang boleh kamu lakukan agar hubungan lebih berwarna.
- Tulis pada sekeping kertas sebanyak mungkin alasan mengapa kamu sangat mencintainya. Si dia pasti akan tersentuh dengan pengakuan yang kamu buat.
- Hantarkan pesanan ringkas melalui SMS atau e-mail yang mengatakan bahawa kamu sangat mengagumi, mencintai dan memerlukan si dia dalam hidup kamu.Ttindakan kamu itu akan membuatkan si dia memulai hari-harinya dengan senyuman.
- Ingatlah selalu untuk mengucapkan "sweet dreams" sebelum kamu menutup telefon di malam hari. Kamu akan menjadi perkara terakhir yang diingatinya sebelum tidur. Tataplah wajah si dia dan kemudia secara spontan katakan, "Tiada akan ada cinta lain selain kamu."
- Selalu berada di sampingnya terutama ketika si dia memerlukan kamu. berikan hadiah buatan sendiri. Bukan hanya pada hari-hari istimewanya sahaja tetapi kerana kamu mencintainya
Cinta Tanpa Status
HTS...Singkatan ini mungkin tidak begitu popular lagi namun ianya bukanlah satu yang baru. Ramai yang sebenarnya pernah melalui pengalaman HTS ini iaitu Hubungan Tanpa Status. Berkawan bagaikan orang bercinta. Mana-mana pergi bersama dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Namun hubungan tidak pernah jelas bercinta atau hanya teman tapi mesra. Perlu diingatkan, dimana-mana status itu perlu termasuklah hubungan percintaan. Cuma mungkin ada yang mengabaikan perkara ini kerana merasakan sudah rasa selesa antara satu sama lain biarpun tanpa sebarang penjelasan tentang hubungan yang terjalin. Oleh itu, jika kamu sedang terjebak dalam hubungan tanpa status bagaimana kamu menghadapinya?
Punca Terjadinya HTS
Terjadinya hubungan tanpa status ini kerana ada pihak yang tidak berani bertanggungjawab atas tindakannya, egois dan tidak mahu memenuhi keinginan pasangan. Di samping itu, perbezaan padangan serta keinginan antara perempuan dan lelaki juga sering menjadi tunggak perbezaan terutama sekali pandangan dalam melihat komitmen. Perempuan memerlukan komitmen! Mereka merasakan bahawa hubungan perlu di nyatakan secara verbal agar perempuan punya jaminan yang kuat sebelum menyerahkan jiwa dan raganya pada seorang lelaki. Sedangkan lelaki lebih fokus pada tingkahlaku perempuan dan bukti yang jelas menunjukkan dirinya benar-benar di hargai.
Mengapa Perempuan Perlukan Kepastian?
Antara lelaki dan perempuan kebiasaannya perempuan akan lebih mendesak untuk mendapatkan kepastian. Sedangkan lelaki lebih suka mengambil sikap bersahaja ataupun tunggu dan lihat sahaja. Namun perempuan tidak boleh di salahkan kalau mendesak kerana mereka mempunyai jawapan yang tersendiri kenapa harus bersikap sedemikian.
Pertama, Sememangnya status yang tergantung seperti ini merugikan pihak perempuan. Sudah pasti perempuan tidak mahu lelaki dicintainya tiba-tiba angkat kaki dengan alasan si dia telah menemui perempuan yang lebih sempurna. Mahu menyalahkan si lelaki sudah tentunya tidak boleh kerana sememangnya hubungan yang terjalin tidak pernah mempunyai sebarang komitmen. Perkara inilah yang menakutkan kepada semua perempuan.
Kedua, Pandangan dan penilaian orang juga menjadikan perempuan begitu rungsing. Misalnya apabila lelaki dekat dengan ramai perempuan lelaki tersebut di anggap hebat serta popular, sementara apabila perempuan rapat dengan ramai lelaki di anggap 'piala bergilir' ataupun 'perempuan murahan'. Akhirnya kerana reaksi negatif inilah yang membuatkan perempuan perlukan kepastian agar dia boleh mengelakkan dirinya dari di label negatif.
Wajib Ada Kepastian
Jika apa pun, kepastian atau komitmen perlu di ucapkan. Bukan sahaja untuk menjelaskan sesebuah perhubungan itu namun kamu berdua juga akan lebih bebas untuk memberi penghargaan kepada diri dan pasangan. Selagi tidak ada kepastian selagi itulah apa yang kamu inginkan dan cari tidak dapat dipenuhi. Bukan itu sahaja kamu juga akan sentiasa meragui antara satu sama lain. Akibatnya dari cinta boleh di pupuk tetapi berakhir dengan perpisahan. Kalau perpisahan sahaja tidak mengapa tetap andai berakhir dengan satu dendam yang tidak terluah itu pasti akan bertambah parah. Oleh itu bagaimana cara untuk menyelesaikannya? Jawapannya mudah iaitu komunikasi!
Apabila hubungan sudah begitu rapat tidak ada salahnya jika kamu minta penjelasan soal perhubungan kamu berdua. Namun harus diingatkan kamu mungkin akan menerima jawapan atau respons yang positif dan mungkin juga negatif. Sekiranya positif kamu selamat dan bersedialah untuk memasuki alam baru iaitu alam percintaan. Namun sekiranya negatif jangan bersedih. Anggaplah apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Itu tandanya si dia masih belum bersedia untuk mempunyai sebarang komitmen. Jadi tunggu apa lagi! Kamu pasti tahu apa yang patut dilakukan bukan? Jangan menanti buah yang tidak akan jatuh. Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. Oleh itu, teruskan mencari dan percayalah kamu pasti akan menemui apa yang di cari selagi tidak berputus asa.
Membisu Seribu Bahasa
Walau bagaimanapun, sekiranya lelaki masih membisu seribu bahasa ddan mengelak untuk memberi jawapan yang jelas. Cara untuk kamu cungkil apa yang ada dalam hatinya ialah melalui tingkahlakunya. Berikut boleh dijadikan panduan :-
a) Si Dia 100% Mahukan Kamu Jika :-
- Memberikan layanan yang begitu baik pada kamu misalnya tidak pernah tinggikan suara, mengambil dan menghantar kamu ke tempat kerja, mengambil berat makan dan minum serta kesihatan kamu.
- Setiap hari sebelum tidur akan menghubungi kamu untuk mengucapkan selamat malam.
- Tidak pernah malu untuk memperkenalkan kamu pada sesiapa sahaja kamu adalah insan yang paling rapat dengannya dan andai ada sebarang majlis yang melibatkan teman-teman kamulah yang di pilih sebagai pasangannya.
- Si dia sentiasa menjaga hatimu dan paling takut apabila kamu merajuk. Pelbagai cara di lakukannya untuk memujuk kamu.
- Tidak pernah berkira dengan kamu dan sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan apa yang kamu suka.
- Bersedia untuk bertemu dengan orang tuamu pada bila-bila masa.
b) Si Dia 50/50 Dengan Kamu Jika :-
- Mengikut ke mana sahaja kamu pergi tetapi untuk bertemu dengan orang di kenalinya cepat-cepat si dia cuba menjauhkan diri dari kamu
- Apabila dia menyakiti hati kamu si dia akan meminta maaf tetapi andai kamu tidak memaafkannya atau masih lagi marah si dia akan buat tidak tahu dan menunggu kamu datang padanya terlebih dahulu.
- Masih berkira-kira mengeluarkan wangnya untuk kamu. kalau setakat belanja makan dan minum mungkin masih boleh dipertimbangkan lagi tetapi untuk beli yang kamu suka sepeerti pakaian atau kasut tidak mungkin sama sekali si dia sanggup
- Sekiranya kamu berkawan rapat dengan orang lain si dia cemburu tetapi tidak menyatakannya sebaliknya akan bertindak sama dengan kamu iaitu dengan buat kamu pula cemburu.
- Apabila kamu bertanyakan tentang perhubungan, si dia memberi jawapan "Sayang tetapi belum bersedia" ataupun "Berilah masa untuk berfikir" Jadi kamu masih mempunyai harapan.
c) Si Dia Hanya Anggap Kamu Teman Biasa Jika :-
- Tidak pernah sekalipun si dia minta kamu menemaninya keluar bersama teman-temannya.
- Kamu berdua jarang berjumpa atau berhubung melalui telefon sebaliknya banyak berkomunikasi melalui SMS dan 'chatting' di internet.
- Si dia tidak pernah ambil berat tentang masalah kamu dan andai kamu sedang bersedih apa yang cuba lakukan buat kamu ketawa tetapi tidak pernah mahu berkongsi apa yang kamu alami.
- Setiap kali kamu berdua bicara soal percintaan si dia akan membayangkan atau menceritakan tentang perempuan lain bukan kamu.
- Dalam perhubungan kamu yang terlebih memberi dan begitu mengambil hatinya. Sedangkan si dia sebaliknya tidak.
Langgan:
Ulasan (Atom)