Halaman

Sabtu, 21 Mei 2011

Sanggupkah Berkorban Untuk Kekasih??

Kata orang cinta itu buta. Membuta mata sampai tak dengar suara hati. Melihat apa yang di mata tapi tidak di hati. Adakah korang begitu? Kalau si dia betul2 menyayangi kita seadanya, kadang-kadang kalau dah berkorban kemudian dia dah tinggalkan kita. Cinta kadang-kadang boleh terpadam, bukan ke pengorbanan yang sia-sia? Adakalanya, tapi kalau tahap renang lautan api dia, boleh berenang sorang. Ada limitnya in everything islam suruh umatnya be moderate in everything. Ada setengah pendapat, there is no sacrifice in relationship only compromising. Both work together to make it work. So it doesn't feel that seseorg tu have to do more than the other. Kena ada tolak ansur tapi dalam tolak ansur tu, mesti ada sikit pengorbanan kan? He needs to compromise a bit and i compromise a bit..it kinda make sense that we both sacrifice a bit :)


Isnin, 16 Mei 2011

10 Zon Larangan Cinta!

Bercinta Kerana Simpati Dan Kasihan
 
Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andainya simpati menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andai tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang dengannya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu.

Melirik Pada Jejaka/Gadis Lain
 
Tidak dinafikan cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jelling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh cinta padanya pula di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna buat kamu.

Bersikap Hipokrit!

Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini. Biarkan si dia tahu apa yang tidak kamu suka supaya si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan si dia tersinggung dengan kritikan kamu. 

Sanggup Menyerah Kalah
 
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba mengalahkannya. Namun persaingan perlulah kea rah positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan hubungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing 


Terima Semua Kesalahan
 
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang’kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus terang itu perlu untuk kebaikan kamu berdua.

Harus Sentiasa Bersama
 
Orang bercinta kebiasaanya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain mengganggu. Namun itu tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar si dia boleh membiasakan dirinya.

Rapat Dengan Sahabat Karib Si Dia

Kamu sememangnya perlu bergaul rapat dengan orang-orang yang rapat dengan si dia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temannya kamu tidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun, hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih buruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kawan biasa.

Berpura-pura Tidak Cemburu
 
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka/gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka/gadis lain kamu perlu tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu itu hanya semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka kamu sedangkan kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.

Terlalu Menerima Sikap Si Dia
 
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan inisiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.

Biarkan Si Dia Sahaja Membayar

Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan adakalanya terlalu berkira soal berbelanja dengan lelaki walaupun kekasih sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan!