Halaman

Ahad, 26 Julai 2015

5 Sikap Si Dia Kamu Patut Reject

1. Melawan cakap

kalau kamu sudah bosan melayan kerenah si dia dengan sikapnya yang sebegini, sepatutnya kamu mendengar kata dan tidak membantah atau melawan cakap si dia. Saat si dia marah, jangan sesekali menyimbah minyak panas kepadanya kerana ia menambahkan lagi kemarahannya. Cubalah belajar untuk berlembut hati. Bila si dia marah, diamkan sahaja atau iyakan sahaja. Pasti kemarahannya tidak akan lama dan beransur kurang. 

2. Sambil lewa

Kesilapan lepas tidak membantu kamu langsung untuk memperbaiki kelemahan diri. Sekiranya kamu sudah tahu si dia memang kuat merajuk, janganlah melakukan hal yang sama dikemudian hari. Cuba kalau si dia pun macam kamu, mengulangi kesilapan yang sama, apa yang kamu rasa? Jadi beringat-ingatlah ye!

3. Tidak hormat

Sekali-sekala tunjukkan rasa hormat kamu kepada si dia. Walaupun kamu rasa agak janggal dan pelik, namun ia perlu dipupuk saat kamu mula mengisytiharkan hubungan kalian berdua. Setiap keputusan yang diambil perlulah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat sebarang perselisishan faham, selesaikan ia dengan cara yang elok dan bukannya dengan cara berperang mulut. 

4. Tidak memahami

Sekiranya hubungan kalian sudah menjangkau berbulan-bulan lamanya dan kamu masih tidak memahami sikap si dia, kes berat namanya. Cubalah belajar menyelami hati dan perasaannya. Kamu pun suka kalau si dia memahami kamu dan tidak ada salahnya jika kamu turut belajar untuk memahami dirinya. Pasti si dia akan berasa senang dan selesa dengan cara kamu itu. Mulai saat ini, tanamkan niat untuk berubah dan menjadi kekasih yang lebih memahami pasangan.

5. Ego

Ini memang masalah besar kalau tidak dibuang. Janganlah terlalu ego, dikhuatiri si dia akan lari dan kamu akan berputih mata nanti. Bukan bermaksud kamu tidak boleh menunjukkan sikap ego langsung tetapi biarlah bertempat. Kalau semua benda kamu tidak mahu mengalah dan merasakan diri kamu sahajayang betul, memang susah dibuatnya. Lagipun tidak salah sekiranya kamu menerima pandangan dan cadangan daripada si dia. 

Arghhh, Bila Lelaki Mula Merajuk!?

"Awak...erm marah saya ke? Benda je pun, takkan awak nak sentap kot? Susahlah kalau ada teman lelaki yang tak boleh bergurau! Awak pun tau yang saya memang macam ni. Suka bergurau tak kira masa, jadi janganlah ambil serius sangat!". Memiliki teman lelaki kuat merajuk mungkin membuatkan kamu sedikit tertekan, namun ketahuilah wahai kaum hawa, ada kalanya si dia hanya mahu bermanja dan menarik perhatian kamu supaya kamu tahu tentang keadaan hati dan perasaannya. Oleh itu jangan mudah melenting, seboleh-bolehnya berilah kata-kata romantik agar si dia berasa lebih tenang dan damai. Jom lihat punca kenapa si dia mula merajuk dan cari jalan penyelesaian untuk memujuknya. 

Punca : "Awak dah tahu saya tak suka awak buat loyar buruk, kenapa awak buat juga? 
Solusi : Jangan mudah naik angin , sebaliknya kamu ungkapkan kata maaf kepada si dia. Selain itu, lembutkan hatinya dengan perbuatan yang membolehkan si dia kembali kepada keadaan sedia kala. Kalau rasa-rasa tak berkesan juga, biarkan sahaja. Jangan dilayan sangat, takut naik lemak dibuatnya. 

Punca : "Saya paling pantang kalau terpaksa tunggu orang! Menyampah tau!
Solusi : Kamu cuba terangkan kepadanya yang orang perempuan ni kalau bersiap, memang lama. Lagipun dia sendiri akan malu sekiranya buah hatinya keluar bertemu janji dengan pakaian selekeh dan tak cantik. Silap hari bulan kamu pula yang akan ditinggalkannya. 

Punca : "Awak ni langsung tak ingat hari ni ulangtahun kita bersama, merajuklah!
Solusi : Selalunya kamu yang sangat cerewet dengan benda-benda macam ni tapi sekarang dah terbalik pula. Nampaknya dia yang terlebih daripada kamu. Senang sahaja caranya, kalau dia merajuk lagi kamu katakan kepadanya "Saya saja nak ucap lambat sebab saya tengah buat persediaan untuk menyambut ulangtahun kita Jadi inilah hadiahnya! Walaupun pada hakikatnya pada ketika itu kamu memang terlupa, sekurang-kurangnya cara ini mampu membuatkan si dia tersenyum.

Punca : "Saya penat dan tertekan, awak langsung tak nak ambil tahu. Sedih saya dibuatnya!
Solusi : Kamu cuba tanya kepada si dia, sewatu kamu sedih dan tertekan adakah si dia ada untuk kamu? Sekiranya jawapannya tidak, kamu boleh katakan bahawa kamu juga rasa tidak perlu untuk mengambil tahu. Lagipun sebelum ini, kamu tidak pernah dipedulikan oleh si dia. Asyik-asyik kamu sahaja yang kena mengalah. Sekali-sekala tak salah sekiranya kamu membiarkan perangainya itu. 

Punca : "Arghh! Awak ni susah betul nak faham saya, kenapa? Bencila macam ni. 
Solusi : Jangan sesuka hati si dia nak membenci kamu. Kalau setakat kamu tidak faham tetang minat atau makanan kegemarannya, baik kamu tak payah nak layan. Kamu pun manusia biasa dan memerlukan masa untuk memahami orang lain. Bukan seminggu atau sebulan bercinta untuk kamu memahami sikap dan kerenah si dia, sebanrnya ia memerlukan masa yang lama untuk saing memahami. Terangkan kepada si dia bahawa kalian perlu mengenali diri masing-masung terlebih dahulu dan jangan sesekali mengadili seseorang tanpa mengenal seseorang itu dengan lebih lama. 

Punca : "Awak buat apa sampai lambat nak balas mesej saya? Awak bermesej dengan orang lain ye?
Solusi : Nampaknya reaksi si dia berbaur nada cemburu. Sangat klise ayat ini bukan? Sebenarnya si dia perlu tahu yang kamu bukan sesuka hati lambat membalas mesejnya sebaliknya kamu juga mempunyai kerja lain yang perlu diutamakan. Selain itu, timbulkan persoalan di mindanya semula dengan bertanyakan, "Awak tak pernah lambat balas mesej saya ke? Sebelum ni saya tak ada pun kecoh-kecoh? Saya relaks sahaja kan?" Waktu itu pasti si dia tak jadi nak merajuk dengan kamu, sebabnya dah terkena batang hidung sendiri.