Halaman

Ahad, 26 Julai 2015

5 Sikap Si Dia Kamu Patut Reject

1. Melawan cakap

kalau kamu sudah bosan melayan kerenah si dia dengan sikapnya yang sebegini, sepatutnya kamu mendengar kata dan tidak membantah atau melawan cakap si dia. Saat si dia marah, jangan sesekali menyimbah minyak panas kepadanya kerana ia menambahkan lagi kemarahannya. Cubalah belajar untuk berlembut hati. Bila si dia marah, diamkan sahaja atau iyakan sahaja. Pasti kemarahannya tidak akan lama dan beransur kurang. 

2. Sambil lewa

Kesilapan lepas tidak membantu kamu langsung untuk memperbaiki kelemahan diri. Sekiranya kamu sudah tahu si dia memang kuat merajuk, janganlah melakukan hal yang sama dikemudian hari. Cuba kalau si dia pun macam kamu, mengulangi kesilapan yang sama, apa yang kamu rasa? Jadi beringat-ingatlah ye!

3. Tidak hormat

Sekali-sekala tunjukkan rasa hormat kamu kepada si dia. Walaupun kamu rasa agak janggal dan pelik, namun ia perlu dipupuk saat kamu mula mengisytiharkan hubungan kalian berdua. Setiap keputusan yang diambil perlulah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat sebarang perselisishan faham, selesaikan ia dengan cara yang elok dan bukannya dengan cara berperang mulut. 

4. Tidak memahami

Sekiranya hubungan kalian sudah menjangkau berbulan-bulan lamanya dan kamu masih tidak memahami sikap si dia, kes berat namanya. Cubalah belajar menyelami hati dan perasaannya. Kamu pun suka kalau si dia memahami kamu dan tidak ada salahnya jika kamu turut belajar untuk memahami dirinya. Pasti si dia akan berasa senang dan selesa dengan cara kamu itu. Mulai saat ini, tanamkan niat untuk berubah dan menjadi kekasih yang lebih memahami pasangan.

5. Ego

Ini memang masalah besar kalau tidak dibuang. Janganlah terlalu ego, dikhuatiri si dia akan lari dan kamu akan berputih mata nanti. Bukan bermaksud kamu tidak boleh menunjukkan sikap ego langsung tetapi biarlah bertempat. Kalau semua benda kamu tidak mahu mengalah dan merasakan diri kamu sahajayang betul, memang susah dibuatnya. Lagipun tidak salah sekiranya kamu menerima pandangan dan cadangan daripada si dia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan