HTS...Singkatan ini mungkin tidak begitu popular lagi namun ianya bukanlah satu yang baru. Ramai yang sebenarnya pernah melalui pengalaman HTS ini iaitu Hubungan Tanpa Status. Berkawan bagaikan orang bercinta. Mana-mana pergi bersama dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Namun hubungan tidak pernah jelas bercinta atau hanya teman tapi mesra. Perlu diingatkan, dimana-mana status itu perlu termasuklah hubungan percintaan. Cuma mungkin ada yang mengabaikan perkara ini kerana merasakan sudah rasa selesa antara satu sama lain biarpun tanpa sebarang penjelasan tentang hubungan yang terjalin. Oleh itu, jika kamu sedang terjebak dalam hubungan tanpa status bagaimana kamu menghadapinya?
Punca Terjadinya HTS
Terjadinya hubungan tanpa status ini kerana ada pihak yang tidak berani bertanggungjawab atas tindakannya, egois dan tidak mahu memenuhi keinginan pasangan. Di samping itu, perbezaan padangan serta keinginan antara perempuan dan lelaki juga sering menjadi tunggak perbezaan terutama sekali pandangan dalam melihat komitmen. Perempuan memerlukan komitmen! Mereka merasakan bahawa hubungan perlu di nyatakan secara verbal agar perempuan punya jaminan yang kuat sebelum menyerahkan jiwa dan raganya pada seorang lelaki. Sedangkan lelaki lebih fokus pada tingkahlaku perempuan dan bukti yang jelas menunjukkan dirinya benar-benar di hargai.
Mengapa Perempuan Perlukan Kepastian?
Antara lelaki dan perempuan kebiasaannya perempuan akan lebih mendesak untuk mendapatkan kepastian. Sedangkan lelaki lebih suka mengambil sikap bersahaja ataupun tunggu dan lihat sahaja. Namun perempuan tidak boleh di salahkan kalau mendesak kerana mereka mempunyai jawapan yang tersendiri kenapa harus bersikap sedemikian.
Pertama, Sememangnya status yang tergantung seperti ini merugikan pihak perempuan. Sudah pasti perempuan tidak mahu lelaki dicintainya tiba-tiba angkat kaki dengan alasan si dia telah menemui perempuan yang lebih sempurna. Mahu menyalahkan si lelaki sudah tentunya tidak boleh kerana sememangnya hubungan yang terjalin tidak pernah mempunyai sebarang komitmen. Perkara inilah yang menakutkan kepada semua perempuan.
Kedua, Pandangan dan penilaian orang juga menjadikan perempuan begitu rungsing. Misalnya apabila lelaki dekat dengan ramai perempuan lelaki tersebut di anggap hebat serta popular, sementara apabila perempuan rapat dengan ramai lelaki di anggap 'piala bergilir' ataupun 'perempuan murahan'. Akhirnya kerana reaksi negatif inilah yang membuatkan perempuan perlukan kepastian agar dia boleh mengelakkan dirinya dari di label negatif.
Wajib Ada Kepastian
Jika apa pun, kepastian atau komitmen perlu di ucapkan. Bukan sahaja untuk menjelaskan sesebuah perhubungan itu namun kamu berdua juga akan lebih bebas untuk memberi penghargaan kepada diri dan pasangan. Selagi tidak ada kepastian selagi itulah apa yang kamu inginkan dan cari tidak dapat dipenuhi. Bukan itu sahaja kamu juga akan sentiasa meragui antara satu sama lain. Akibatnya dari cinta boleh di pupuk tetapi berakhir dengan perpisahan. Kalau perpisahan sahaja tidak mengapa tetap andai berakhir dengan satu dendam yang tidak terluah itu pasti akan bertambah parah. Oleh itu bagaimana cara untuk menyelesaikannya? Jawapannya mudah iaitu komunikasi!
Apabila hubungan sudah begitu rapat tidak ada salahnya jika kamu minta penjelasan soal perhubungan kamu berdua. Namun harus diingatkan kamu mungkin akan menerima jawapan atau respons yang positif dan mungkin juga negatif. Sekiranya positif kamu selamat dan bersedialah untuk memasuki alam baru iaitu alam percintaan. Namun sekiranya negatif jangan bersedih. Anggaplah apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Itu tandanya si dia masih belum bersedia untuk mempunyai sebarang komitmen. Jadi tunggu apa lagi! Kamu pasti tahu apa yang patut dilakukan bukan? Jangan menanti buah yang tidak akan jatuh. Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. Oleh itu, teruskan mencari dan percayalah kamu pasti akan menemui apa yang di cari selagi tidak berputus asa.
Membisu Seribu Bahasa
Walau bagaimanapun, sekiranya lelaki masih membisu seribu bahasa ddan mengelak untuk memberi jawapan yang jelas. Cara untuk kamu cungkil apa yang ada dalam hatinya ialah melalui tingkahlakunya. Berikut boleh dijadikan panduan :-
a) Si Dia 100% Mahukan Kamu Jika :-
- Memberikan layanan yang begitu baik pada kamu misalnya tidak pernah tinggikan suara, mengambil dan menghantar kamu ke tempat kerja, mengambil berat makan dan minum serta kesihatan kamu.
- Setiap hari sebelum tidur akan menghubungi kamu untuk mengucapkan selamat malam.
- Tidak pernah malu untuk memperkenalkan kamu pada sesiapa sahaja kamu adalah insan yang paling rapat dengannya dan andai ada sebarang majlis yang melibatkan teman-teman kamulah yang di pilih sebagai pasangannya.
- Si dia sentiasa menjaga hatimu dan paling takut apabila kamu merajuk. Pelbagai cara di lakukannya untuk memujuk kamu.
- Tidak pernah berkira dengan kamu dan sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan apa yang kamu suka.
- Bersedia untuk bertemu dengan orang tuamu pada bila-bila masa.
b) Si Dia 50/50 Dengan Kamu Jika :-
- Mengikut ke mana sahaja kamu pergi tetapi untuk bertemu dengan orang di kenalinya cepat-cepat si dia cuba menjauhkan diri dari kamu
- Apabila dia menyakiti hati kamu si dia akan meminta maaf tetapi andai kamu tidak memaafkannya atau masih lagi marah si dia akan buat tidak tahu dan menunggu kamu datang padanya terlebih dahulu.
- Masih berkira-kira mengeluarkan wangnya untuk kamu. kalau setakat belanja makan dan minum mungkin masih boleh dipertimbangkan lagi tetapi untuk beli yang kamu suka sepeerti pakaian atau kasut tidak mungkin sama sekali si dia sanggup
- Sekiranya kamu berkawan rapat dengan orang lain si dia cemburu tetapi tidak menyatakannya sebaliknya akan bertindak sama dengan kamu iaitu dengan buat kamu pula cemburu.
- Apabila kamu bertanyakan tentang perhubungan, si dia memberi jawapan "Sayang tetapi belum bersedia" ataupun "Berilah masa untuk berfikir" Jadi kamu masih mempunyai harapan.
c) Si Dia Hanya Anggap Kamu Teman Biasa Jika :-
- Tidak pernah sekalipun si dia minta kamu menemaninya keluar bersama teman-temannya.
- Kamu berdua jarang berjumpa atau berhubung melalui telefon sebaliknya banyak berkomunikasi melalui SMS dan 'chatting' di internet.
- Si dia tidak pernah ambil berat tentang masalah kamu dan andai kamu sedang bersedih apa yang cuba lakukan buat kamu ketawa tetapi tidak pernah mahu berkongsi apa yang kamu alami.
- Setiap kali kamu berdua bicara soal percintaan si dia akan membayangkan atau menceritakan tentang perempuan lain bukan kamu.
- Dalam perhubungan kamu yang terlebih memberi dan begitu mengambil hatinya. Sedangkan si dia sebaliknya tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan