Sifat cemburu adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar di bendung. Ramai yang beranggapan orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, lelaki atau perempuan, sifat cemburu ini ada pada manusia. Cuma korang perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlag yang mana baik dan buruk. Memangla cemburu tanda sayang. Sayang tu sayangla juga kan tapi janganla over sangat...Oklah aku bagi tip2 kat korang supaya dapat mengenali pasangan korang samada dia kaki cemburu ataupun tidak...harap ia dapat membantu korang...semoga berjaya!
Tanda-Tanda Cemburu
- Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
- Dia menelefon korang semasa korang sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan korang.
- Dia menuduh sesuka hati bahawa korang telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
- Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan korang.
- Dia mengugut membunuh diri jika korang meninggalkannya.
- Dia hanya mahu korang sentiasa bersamanya dan marah walaupun korang keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
- Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada korang.
- Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
- Dia bermasam muka jika korang kerja lebih masa.
- Dia tidak peduli dengan penjelasan korang.
Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu
- Jika pasangan korang mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin korang tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
- Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati korang. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
- Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta korang.
- Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.
- Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.
Atasi Sifat Cemburu
- Hormati perasaan pasangan korang. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.
- Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap korang boleh berubah dalam masa yang singkat.
- Tuliskan apa perasaan korang apabila korang merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah korang ingin meneruskan hidup korang dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.
- Cuba fikirkan bagaimana cemburu korang meledak. Adakah adil korang menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.
- Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.
Kesan Positif Cemburu
- Mengelakkan si dia curang kepada korang
- Sentiasa menghormati korang dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama korang.
- Sentiasa menjaga hati korang
- Segala pergerakannya di bawah kawalan korang
Kesan Negetif Cemburu
- Si dia akan cepat bosan bersama korang
- Percintaan korang hambar kerana korang langsung tidak ada kawan lain
- Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
- Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan