Elakkan Dari Berperasangka
Jika si dia brada dalam keadaan marah, ini tidak bermakna si dia memarahi kamu bukan itu sahaja, jika si dia tidak pernah mengungkapkan kata cinta, bukan bermakna si dia tidak cintakan kamu. Mungkin si dia mempunyai cara yang tersendiri untuk mempamerkan kasih sayang dan cintanya terhadap kamu. Kadangkala cinta tidak hanya harus diungkap di bibir, cara dan tingkah laku saja cukup memadai untuk menggambarkan perasaan si dia terhadap kamu.
Lingkungan Kehidupan
Walaupun kamu mempunyai kekasih, ini tidak bermakna kamu harus melupakan ‘dunia’ kehidupan kamu yang sebelum ini. Kamu harus tetap menjalani kehidupan seperti biasa, cuma ia diserikan lagi dengan kehadiran si dia dalam hidup kamu. Jangan tinggalkan aktiviti yang selama ini kerap kamu lakukan. Teruskan dan tak salah sekiranya kamu turut mengajaknya bersama. Seronok kalau dapat berkongsi hobi dan kegemaran. Walaupun begitu, tidak semestinya kamu harus berkepit dengannya 24 jam. Ada masa-masanya kamu perlukan untuk bersama teman-teman dan keluarga.
Biarkan Si Dia Tentukan Hala Tuju Hidupnya
Jangan bersikap ‘queen/king control’ meskipun kamu berjaya menawan hatinya. Biarkan si dia melakukan apa yang disukainya. Cuba bersikap bertolak ansur dalam sesetengah perkara. Apa yang penting ialah bertolak ansur antara satu sama lain adalah penting dalam menjalinkan sesebuah hubungan. Jangan disebabkan perkara yang remeh-temeh, kamu dan si dia boleh ‘perang dunia ketiga’ pula.
Jangan Bandingkan Dia Dengan Orang Lain
Setiap pasangan pasti mahu kesempurnaan dalam perhubungan. Oleh sebab itulah kamu dan si dia harus saling berfikiran terbuka. Apa yang penting, jangan sesekali memandingkan si dia dengan bekas kekasihmu atau pun dengan sesiapa sekalipun. Kamu seharusnya menerima keadaan si dia dengan seada-adanya. Jangan sesekali mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya. Ia tentu saja akan melukakan hati si dia jika kamu membanding-bandingkannya dengan bekas kekasih kamu. Ingat, setiap manusia ada kekurangan dan keistimewaan yang tersendiri. Terimalah kenyataan ini dengan hati yang terbuka, ikhlas dan redha!
Lakukan Yang Terbaik
Fikirkan apa yang terbaik untuk diri kamu dan jangan sesekali memaksa diri menyukai sesuatu yang sememangnya kamu tidak suka. Jangan hanya kerana mahu mengambil hati si dia, dengan perasaan yang tidak ikhlas kamu terpaksa menyukainya. Hipokrit namanya itu! Bukan itu saja, jangan lekas tunduk dengan kemahuan si dia. Bukan semua kemahuan si dia yang harus kamu penuhi. Kena tengok dan nilai pada kesesuaian dan keikhlasan kamu juga. Jangan kerana cinta dan sayang, kamu harus menuruti apa yang diingininya. Bahaya kalau apa yang dia mahu itu di luar batasan. Jika kamu terus menuruti kehendaknya, ia bermakna kamu telah menipu diri sendiri dan tidak jujur terhadap perhubungan. Apa pendapat pasanganmu itu jika si dia mengetahui bahawa selama ini kamu hanya berpura-pura menyukai apa yang dia suka. Tentu hati si dia tersinggung di atas sikap kamu yang tidak jujur dalam perhubungan.
Jangan Cuba Ubah Si Dia
Apa perasaan kamu jika si dia mahukan kamu berubah dan mengikut citarasanya? Begitu juga si dia, jangan sekali-kali kamu cuba mengubah kehendaknya agar sama dengan kehendakmu. Biarkan dia dengan caranya dan kamu dengan caramu. Cuba bersikap jujur dalam perhubungan. Ini kerana masing-masing ada hak dan minat tersendiri. Jika kamu memaksa si dia mengubah apa yang selama ini menajadi minatnya, ia merupakan satu perubahan besar yang kebarangkaliannya si dia akan melakukannya atau pun tidak. Jangan terlalu memaksa kerana ini akan membuahkan bibit-bibit pertengkaran antara kamu berdua. Biarkan si dia dengan caranya tersendiri.
Luahkan Apa Yang Kamu Rasa
Jangan sesekali menyembunyikan apa yang kamu rasa kerana ia akan membuatkan kamu berasa ‘stress’ dan dibebani sesuatu yang menyulitkan. Namun masalah komunikasi sering terjadi apabila kedua belah pihak mengambil sikap menyembunyikan sesuatu. Sebenarnya tanpa komunikasi yang baik, sesebuah perhubungan itu akan menjadi hambar. Jadi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan jangan menyimpan perasaan yang negetif seperti iri hati atau pun dengki. Cuba berbincang untuk menyelesaikan sesuatu perkara, dengar pendapatnya dan jangan membangkang tanpa alasan yang kukuh. Contohnya, jika kamu tidak suka si dia melakukan perkara yang kamu tidak suka, cuba berbincang dengannya. Jangan pula kamu memendam rasa benci hanya kerana mementingkan diri sendiri. Bagaimanapun, jangan sesekali kamu berkomunikasi secara negetif dengannya. Contohnya, jangan kamu gunakan perkataan-perkataan yang keterlaluan terhadap pasanganmu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan